I apologize if my writings are bad. It's not that I'm not a good writer, it's just that it's awkward to read your own writings so once I'm done writing, I don't check for mistakes, make improvements, etc.

Whatever you read here, stays here alright?

Thanks for coming!

Saturday, February 12, 2011

Ustazah Siti Nor Bahyah

Baca ni:



Mungkin korang pernah nampak ustazah ni. Beliau selalu bagi ceramah baik dalam tv ataupun dekat majlis-majlis ilmu. Mak aku pun minat dia ni dan kalau tak silap, suami dia pun selalu ikut dia bagi ceramah. Kesimpulannya, dia ni memang berilmu dan  ilmu yang dia sebarkan memang disebarkan atas niat yang baik. Tapi dalam hal ni, aku tak boleh kata dia tak bersalah.

Aku tak deny yang niat dia baik, nak memberitahu orang lain tentang Valentine's Day. Tapi cara penyampaian dia salah. Secara lebih tepat, dia salah pilih perkataan. Secara lebih tepat lagi, kesalahan dia ialah menggunakan perkataan Kristian, dimana ia akan disalahfaham sebagai serangan ke atas komuniti Kristian dan Kristian sahaja.

Dan kalau korang pergi dekat website watermark gambar diatas, korang boleh baca apa pendapat penulis blog tu dalam hal ni. Pada pendapat aku, penulis blog tu boleh dikatakan tak berakal sebab sepanjang-panjang artikel dia, takde satu pun isi dia yang kena dengan isu. Dengan erti kata lain, semua isi dia tak relevan.

Isi utama penulis blog tu ialah tak salah untuk menggunakan kata-kata ustazah tu terhadap Kristian sebab penganut Kristian memang mengamalkan perkara-perkara diatas. Aku tak selalu mencarut dalam blog tapi aku bagi pengecualian untuk kali ni.

Kau bangang ke hape la sial? Are you fucking high?

Aku cakap camni sebab agama Islam kena serangan yang sama. Disebabkan beberapa orang Islam yang buat suicide bombing, agama Islam terus kena label sebagai agama pengganas. Hanya kerana satu bilangan kecil penganut agama tu buat salah, terus agama tu dilabel sebagai ganas dan tak berotak. Dan atas sebab itulah orang Islam dihina, dicerca dan dipandang rendah oleh orang Amerika Syarikat. Kalau korang gagal peperiksaan, adil ke korang salahkan buku teks?

Untuk pengetahuan Encik Ameno, kebanyakan kes rogol, rompak, hisap dadah, kecurian, bunuh, dan buang anak dalam Malaysia dilakukan oleh orang Islam. Jadi berdasarkan formula Encik Ameno, Islam tu agama apa? Sila terangkan.

Encik Ameno, aku selalu jugak baca blog kau dan aku rasa blog kau agak bes jugak tapi untuk post kau kali ni, aku rasa tahap penggunaan otak kau berada pada tahap yang sangat rendah.

Ustazah Siti Nor Bahyah memang berilmu dan sentiasa cuba untuk menyebarkan ilmu dia kepada orang lain dengan niat yang baik, tapi untuk kali ni, maaf saya katakan, ustazah bersalah.

No comments:

Post a Comment