I apologize if my writings are bad. It's not that I'm not a good writer, it's just that it's awkward to read your own writings so once I'm done writing, I don't check for mistakes, make improvements, etc.

Whatever you read here, stays here alright?

Thanks for coming!

Wednesday, December 22, 2010

To PLKN candidates.

Yang ni list barang yang korang patut bawak masa PLKN nanti.

  • Baju tido 2-3 pasang. S aku pakai baju yang sama 1 minggu straight sebab pakai masa tido je pun, korang takkan sempat nak tukar-tukar baju masa dekat sana nanti.
  • Pakaian dalam kalau boleh bekal untuk seminggu terus, preferably lebih. Masa awal tu mungin tak sangat, tapi nanti dah mula kawad dan aktiviti-aktiviti lain korang akan berpeluh macam empangan.
  • Pakaian yang kemas paling kurang satu pasang untuk majlis-majlis macam pertunjukan dan dinner. Korang akan ada banyak jugak la pertunjukan nanti. Untuk lelaki, kalau kat kem aku, jeans dilarang.
  • Baju tradisional sendiri. Oh ye, masa sembahyang Jumaat nanti, lelaki akan pakai pakaian kelas sebab kalau korang berpakaian kelas, korang akan dilindungi oleh insurans 100 000MYR kalau tak salah aku. Sah sehingga 48 jam selepas tamat latihan.
  • Kamera. Tapi pandai bawak pandai jaga la. 
  • iPod/mp3 player. Handphone akan dijaga oleh cikgu-cikgu tapi barang-barang elektronik lain boleh je bawak. Kalau aku tau awal-awal memang aku dah bawak laptop ah, serius.
  • Dan barang-barang keperluan lain macam berus gigi, ubat gigi, sabun basuh baju, ...

Barang-barangdan servis yang disediakan oleh pihak PLKN:
  • Dua set baju celoreng aka baju kawad (juga dikategorikan sebagai sweater sebab kalau korang pakai, korang akan rasa macam ada dalam sauna yang tengah terbakar.)
  • Dua set baju kelas.
  • Dua set baju PT untuk physical training yang sebenarnya bermaksud korang akan kena berkumpul pukul 6.30 pagi, kena rush sembahyang subuh dan tak makan apa-apa hanya untuk buat aerobik -.-
  • Dua helai baju inner celoreng, baju dalam untuk dipakai masa kawad sebenarnya tapi nanti diorang bagi korang pakai macam baju PT jugak sebab baju PT hodoh sangat.
  • Pakaian PLKN boleh dihantar ke dobi PLKN tapi pakaian sendiri sila basuh sendiri ye, dobi itu bukan dobi ibu anda.

Mungkin sekarang korang rasa macam tak bes je nak pergi, tapi bila dah pergi memang bes gile la. Lagipun masa farewell dinner, makin gangster mamat tu makin teruk la dia menangis. Sumpah tak tipu.

Dan kalau ada lelaki yang mengada-ngada nak bawak wax rambut, sila sekeh diri sendiri bertubi-tubi. Kau botak nak wax apa lagi, bulu ketiak?

No comments:

Post a Comment