I apologize if my writings are bad. It's not that I'm not a good writer, it's just that it's awkward to read your own writings so once I'm done writing, I don't check for mistakes, make improvements, etc.

Whatever you read here, stays here alright?

Thanks for coming!

Sunday, December 19, 2010

Ini Arief Noor.



Pagi ini saya ingin bercakap pasal kawan saya, Arief Noor. Saya kenal dia sejak tingkatan 3 lagi tapi masa tu saya tak rapat sangat dengan dia. Kami mula nak rapat semasa tingkatan 5, ketika itu kami akan selalu <s>pergi merayau-rayau</s> melepak bersama selepas sekolah. Tetapi perkara yang betul-betul mula merapatkan kami ialah apabila kami tahu yang kami sama-sama kerja dekat Midvalley dan The Gardens. Selepas itu, kami mula lepak bersama-sama siap keluar malam sama-sama lagi.

Malam tadi, saya membawa kereta ibu saya ke rumah beliau. Tiba-tiba, kereta saya terbuka alarm tanpa sebab. Kami pun terus menanggalkan wayar daripada bateri kereta untuk menghentikan alarm itu. Selepas dah habis freak out, dialah yang menghantar saya pulang ke rumah untuk mencari remote kereta kerana ibu saya tak sangkut benda tu dekat kunci, dah habis bateri kot. Arief ini sanggup menunggu sejam setengah untuk saya mencari kunci tersebut tapi tak jumpa tapi dia tetap tak marah. Selepas itu, kami ke rumahnya semula dan tengok-tengok dah boleh buka enjin saya kembali. Saya pun kembali ke rumah untuk menghantar kereta dan selepas itu dia sanggup ke rumah saya untuk mengambil saya lepak dan menghantar saya kembali.

Yang saya paling tak sangka ialah ajaran dia. Arief ini suka mencipta ajaran-ajaran yang pelik tapi akhirnya boleh juga nampak kebenarannya. Misalnya, dia menyedarkan saya yang pada usia remaja inilah masa untuk menikmati hidup kerana selepas ini saya harus fokus keatas pekerjaan saya. Selepas penat berfikir, saya bersetuju dengan pandangan dia. Selain itu, dia juga mengajar saya prinsip DDC, iaitu Don't Date Classmates. Saya agak bersetuju dengannya.

Yang penting sekali, dialah orang yang saya boleh harapkan dalam hampir semua perkara. Walaupun saya bukan dalam klik 'siblings' dia, bagi saya, dialah bro saya.

No comments:

Post a Comment