Agak bosan jugak sebenarnya balik rumah ni. Duduk rumah pun bukannye buat ape pun, duduk main komputer membesarkan juboq je. Ingatkan nak baca Perlembagaan Malaysia, tapi satu-satunya masa saya baca buku di rumah ialah bila saya
---
Baru-baru ni, mak saya mula menjalankan projek menguruskan keluarga atau dengan nama glamornya, Projek Aku Taknak Masak Dinner Sebab Korang Semua Dah Buncit. Untuk pengetahuan awak semua, bapa dan adik-beradik perempuan saya berbadan besar tetapi yang lelaki pula kurus dan sangat susah menjadi gemuk walaupun selera makan kami sebesar beruang kutub. Walaupun projek ini akan membawa faedah kepada kakak dan adik saya, saya terpaksa berlapar kerana tak dapat makan malam walaupun saya tiada masalah berat badan. Saya berasakan ini tidak adil, tidak adil bagiku. Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku sanggup berlapar, kau bukan milikkuu~
Ini tidak adil, Yang Berhormat! Saya ingin makan malam!
No comments:
Post a Comment