Ada antara kawan aku yang kalau aku wish birthday, aku akan tambah err kat belakang. Misalnya Happy birthday bewan! err.
Err itu menunjukkan yang aku rase awkward. Protokol sosial mengatakan yang kalau aku tau yang hari ni birthday saudara ataukawan rapat aku, hukumnya wajib kena wish. Tapi pada masa yang sama, aku tau yang dia tau yang aku tau pasal birthday die daripada fesbuk. Jadi, nilai wish aku terus turun satu kasta daripada wish kawan-kawan dia yang lain yang betul-betul ingat birthday dia.
Maknanya, kalau aku awal-awal lagi teringat birthday die, aku akan wish sehari lagi awal untuk menunjukkan yang aku betul-betul ingat dan aku akan gantikan err dengan weh aku betul-betul ingat birthday kau. sila beri penghargaan dalam jumlah yang lebih tinggi. hewhewhew
No comments:
Post a Comment